Arkib untuk November, 2007

Photo Outing@Hope Valley

Posted in Photos on November 27, 2007 by Izad

Hope Valley v1.1, originally uploaded by IzaD’s playground….

Hari Sabtu lps, aku, Amru, Poji, dan Kodiang berphoto outing di Hope Valley aka Castleton…Time2 autumn nk masuk winter nih mmg selalu hujan so ikut weather forecast hari tu pun kata hujan tp diselangi dgn mentari skit2..Time pegi pun hujan tp disebabkan keghairahan ‘adik2’ yg mahu menuntut ilmu dari otai maka aku gagahkan diri utk pergi..hahaha

Sampai kat sana pun hujan lg..Tapi renyai2 la xla mcm hujan kat msia.. Yg aku tak tahan tu angin memang sikit punye lah kuat.. Sejuk gile beb..Mahu tak mahu jalan jugak la demi mencapai objektif TT nih..

Maka mendaki bukitlah kami berempat dalam keadaan angin yg lagi kuat sebab kat bukit tu angin lg kuat..Ade la dlm 30 min daki.. Sampai atas jari tangan pun dah naik beku.. Aku lebih teruja utk memanaskan jari ku dari jariku menekan shutter camera. Yg lain plak agak ghairah snap disana sini.. Ingin aku stresskan lg di sini keadaan angin kat situ amatlah laju sampai kdg2 aku nk bukak mata pun susah.. Tripod cap ayam aku pun xboleh withstand keaadaan ni.. So xbyk la aku dpt shoot… Ade la 2-3 yg menjadi.. Biasa le, kalau kita berburu/memancing xsemestinya kita dpt hasil yg best.. Begitu juga lah dalam landscape photography nih..

Papehal bg la comment..hehe

Advertisements

Izad’s Lightroom Workflow

Posted in Tutorials with tags , , , , on November 26, 2007 by Izad

Kali ni aku nk tunjukkan pula workflow aku bila aku gunakan Adobe Photoshop Lightroom(Lr), satu photo-editing software yg semakin mendapat tempat dikalangan photographer sebab ia mudah, cepat dan berkesan. Tapi bagi aku still tak dapat menandingi Photoshop(Ps).. Senang cakap kalu nak edit mudah2 pakailah mende ni tp kalau nk pakai layer2 sume watlah kat Ps…

  1. Kene import dulu gambar ke Lr..Go to File>Import Photos from Disk. Akan keluarlah gambar kat Lr di bahagian Library tu..Dari sini korg bole tag,rate or flag gambar utk pilih mane yg best.
  2. Then, go to Develop section and double click photo mane yg korg nk edit.
  3. 1st mende yg aku check ialah white balance..Adakah photo itu sesuai dgn white-balance nye?Jika tak bolehla ubah wb tu utk jadikan gambar tu lebih ‘sejuk’ atau lebih ‘panas’..
  4. Check exposure…Kalau under, tmbahkan exposure gambar dan sebaliknya. Biasanya aku hanya ubah skit kat exposure dalam julat -1.00 to +1.00 depends on picture
  5. Adjust Contrast kalau perlu.
  6. Contrast juga boleh diubah di Tone Curve..Di tone curve, korg boleh adjust highlights, lights, darks, and shadows.. Kebiasaanya, contrast yg baik boleh dicapai dgn membentukkan curve kepada bentuk ‘S’. Atau kalau korg malas boleh tukat ke Strong Contrast dekat Point Curve.
  7. Adjust colours..di sini korg boleh adjust dan enrich colours of the photo. Ade 8 colours yg boleh diubah-suai die punya hue, saturation dan luminance.
  8. Sharpening kalau perlu…bergantung kpd gambar tp selalunya kat amount tu value yg molek adalah dlm 80-100.. Utk radius amatlah jarang aku tukr..fix di 1.0 or kalo nk tambah dlm 0.5-1.0.. Detail lak lbh kurng same dgn amount while masking aku slalu buat lbh skit dari value kat detail..
  9. Kalo gambar korg suffers vignetting(slaunye digicam biase xmengalami masalah ini) boleh adjust kat part vignetting tu. Kalo nk tambah vignetting pun boleh. Ini selalunya dibuat utk buatkan photo kita ala-ala classic gitu..
  10. Dah siap lah kalo dah sampai sini.. Cuma kalau tak brapa puas hati lg boleh lah adjust2 blk mende2 kat atas ni.. Untuk burned image tu ke Jpeg go to File>Export.. Specify folder mana nk ltk dan amik quality 100%. Click OK..

Check balik folder mana korg ltk dan tgk la hasil editan korg.. Puas hati bukan? Mudah dan cepat bukan? hahaha.. Banyak songeh lak aku nih..

Video utk tutorial ni aku akan upload lps aku abis convert video ni.. PC aku ni processor die slow nk mampus

The Cook the Thief His Wife & Her Lover…

Posted in Photos on November 23, 2007 by Izad

The Cook the Thief His Wife & Her Lover…, originally uploaded by Lars van de Goor.

Sedang aku menjelajah flickr, aku terjumpa image ni, which was taken by a chap named Lars van de Goor..Daripada nama korg sume dah tau mamat ni ialah seorg dutch. Aku post gambar ni sbb by far ni adalah gambar Autumn yg paling best pernah aku jumpa kat flickr. Probably ada jumpa yg lg best tp gambar ni unik skali..Gosh, picture that contain ‘lines’ really make a good picture.

Adobe Photoshop Lightroom(Lr)

Posted in Tutorials on November 22, 2007 by Izad

Adobe Photoshop Lightroom(Lr) adalah satu photo-editing software yg baru diperkenalkan oleh Adobe untuk mereka2 yg minat dalam fotografi nih.. Bukan saja pro yg pakai malah yg xtau ape pun pasal editing pun boleh master software ni dalam mase yg sangat singkat thanks to Lr’s interface yg memang easy,user-friendly dan bersih.

Fungsi Lr bukan saja semata-mata untuk editing photo tapi Lr juga digunakan untuk menyimpan gambar yg ade beratus-ratus dalam folder korg tu dengan mudah menyebabkan kalau kita nk cari specific gambar dalam beratus-ratus file tu menjadi mudah. Korg boleh tag, flag and rate gambar dengan mudah supaye kita tahu mane gambar yg best, mane plak yg sampah. Senang cite organisasi gambar2 tu jadi lebih teratur la..

Fungsi2 lain yg ade dalam Lr termasuklah Slideshow – buat slideshow utk diburn dalam cd or untuk di convert ke dalam pdf, Print – untuk print gambar dalam pelbagai saiz dan setting, dan Web – untuk ditransfer gambar ke website or domain site korg. Fungsi2 ni aku tak kisah sgtlah sbb bukannye guna sgt pun. Fungsi utama yg menjadi perhatian aku di sini ialah bahagian Develop di mana kat bahagian ni proces editing photo dilakukan.

Dalam Develop, banyak mende yg kita boleh alter dan improve:

  • White balance, exposure and contrast control – Under exposed(gambar gelap)? senang je, tambahkan exposure guna slider je..Sama juga dengan white balance, slide je untuk tambah suhu pada gambar or kurangkan lagi
  • Tone curve editor – Boleh control tone2 yg ade dalam gambar(highlights, lights, darks, shadows) dgn gunakan slider atau adjust dkt tone curve.
  • Advanced hue, saturation, luminance editing – Boleh control or adjust 6 major colous yg ade dalam gambar kita dari segi hue, saturation dan luminance(kilauan warna)
  • Fast zooming, image comparison(before/after)
  • Black & White conversion -Fast conversion to b&w photo disamping boleh adjust contrast setiap warna dalam b&w
  • Cropping and straightening tools -Pantas utk crop gambar or nk tgakkan gambar
  • Synchronized adjustment across multiple images – Kalau korg dah edit 1 gambar dan nk apply same editing dekat beberapa gambar yg lai, simply copy adjustment dan paste dekat photo yg lain..or simply buat preset utk apply kat image lain.

Dan banyak lagi..Aku bukan dibayar oleh Adobe pun..lebeh2 lak.. lol..Just nk share apa yg aku tau je. Kat bawah ni ade beberapa screentshot Lr.

Lr1

Lr2

Pada yg nk try Lr nih bole dwnld trial 30 hari di SINI

Next aku akan story pasal workflow aku dalam Lr..

Rule of Thirds

Posted in Tutorials on November 20, 2007 by Izad

Salah satu rules yg popular dalam fotografi mahupun art adalah Rule of Thirds. Rule ini mengatakan yg satu image bole dibahagikan kepada 9 kotak yg sama saiznya dengan membuat 2 garisan yg same jaraknya secara melintang dan 2 garisan yg sama jaraknya secara menegak.

Dengan 2 garisan menegak dan 2 garisan melintang ini, akan terhasillah 4 titik pertemuan antara garisan2 ini. Empat titik pertemuaan ini dikatakan sebagai titik focus utk sesuatu object/subject dlm sesuatu image diletakkan kerana di titik2 ini dapat memberikan ssesuatu image tu kekuatan, tenaga, kuasa dan mcm2 lagilah daripada kalau kita letak object/subject di tengah2.

Rule of Thirds

Untuk gambar2 landskap, adalah lebih menarik jika kita letakkan horizon di salah satu garisan yg melintang yg membentuk rule of thirds seperti yg kita dapat tgk di gambar diatas manakala pokok diletakkan di 2 titik pertembungan menambahkan lagi interest gambar itu.

Dengan rule of thirds kita dapat seimbangkan lagi sesuatu image dan sejuk mata kita memandang… Tapi ini hanyalah satu rule yang bukan wajib untuk kita ikuti.. Jadi korg semberono jelah ikut mane sedap mata memandang…
Dibawah ada beberapa images yg dihasilkan berdasarkan rule ini.

Burung camar
Wachaa!!

DSLR: Why shoot in RAW?

Posted in Tutorials on November 20, 2007 by Izad

Apa itu RAW? Kata encik wikipedia, raw adalah image file yg telah diproces secara minimal skali daripada image yg ditangkap oleh sensor camera. Tak semua camera yg membolehkan kita shoot file raw. Hanya camera2 dslr ataupun high end point-and-shoot camera yg ade function nih manakala kebanyakan camera yg lain hanya kita boleh shoot dalam format jpeg saja

JPEG file adalah image file yg telah diproces secara terus oleh litar2 dalam camera menggunakan semua setting yg kita gunakan ketika shoot image file tu. Bermakna ape yg kita set dalam camera, macam tu lah keluar dalam jpeg file.. Nak edit jpeg file? Boleh aje kat photoshop tapi kualitinya byk dah hilang semasa image compression yg telah dilakukan oleh litar2 camera ketika writing file jpeg. Kang aku tulis teknikal sgt korg xpaham lak kang… Nak penjelasan teknikal boleh usha kat encik google..

Kalu kita igt zaman dulu2 2-3 taun lepas kita still guna filem atau negatif sesetengah orang panggil. Senang kita igt raw ni adalah negatif filem dalam bentuk digital.. Satu image file yg ‘mentah’ dan belum lagi dimasak..terpulang kepada kita sendiri macam mane nk masak bende mentah nih.. Lebih kurang macam tu la ceritanya. Dengan raw file kita dapat mengawal semua aspek dalam pembikinan sesebuah image sama ade dari segi exposure, white balance, colours, contrast, sharpening, bla..bla..bla.. Nak tambah rencah ape pun ikut korg lah. Dengan raw, hanye on-camera settings yg mempengaruhi or ade effect kat image processing tu hanyalah ISO speed, shutter speed, and aperture. Yang lain bole alter kat image processing software. Hasil terakhirnya jadilah 1 image yg mengikut kehendak or resepi kita dapat dihasilkan..

So, nk shoot RAW or JPEG…ikut korg ler…

Aperture, Shutter Speed and ISO part 1

Posted in Tutorials on November 19, 2007 by Izad

Utk info part 1, aku nk story skit pasal 3 bendalah ni..Biasenya memang kita tak kisahkan pasal 3 benda sbb selalunya kita biarkan camera kita setkan semua nih,ie kita guna auto mode..Aku memang tak suke gune auto mode..Nak tau sebabnye?Nanti aku story lain kali lah..Sekarang nih pasal 3 mende nih..

ISO
Dalam bahase fotografi, ISO bermaksud sensativiti filem atau camera sensor terhadap cahaya. Dalam setiap camera adela rating ISO dari 100,200,400 ke 3200. Makin tinggi rating ISO makin sensatif sensor terhadap cahaya. Sensativiti ISO yg tinggi boleh mengakibatkan gambar kita jadi grainy atau org lain cakap noise. Jadi penggunaa ISO yg berpatutan perlu untuk menghasilkan gambar yg best. Senang aku cakap korg letak je ISO rating dalam camera korg tu kat 100. Hampir 80% gambar korg ambil boleh diambil dalam rating 100 melainkan korg tangkap gambar dalam low-light yg memerlukan ISO yg tinggi utk melajukan shutter speed.

Aperture
Dalam Bahasa Melayunya, ia bermaksud bukaan atau dlm bahase camera orang cakap bukaan pada lens. Dalam setiap lens akan ade beberape blades yg membentuk lubang untuk mengawal jumlah cahaya masuk pada sensor camera kite. Lubang aperture ni plak boleh dikawal saiznya bergantung kepada camera. Kalau camera compact agak sukar nk kawal size ni sebab biasenya sensor camera sendiri yg akan tentukan..Macam mana pula dengan kiraan atau saiz aperture? Saiz aperture selalunya ditulis dalam bentuk fraction atau nisbah, contahnya macam f/1.4, f/2.8 atau 1:2.8-5.6..Perlu diingati dalam nisbah atau fraction, jika nilai denominator kecil maka lagi besarlah value aperture dan vice-versa. kalau korang belek camera korang biasenya kat sepan lens tu ade tulis 1:2.8-5.6 atau serupa bentuk macam tu la tp value yg lain..Itu bermaksud dekat focus length paling pendek, max aperture yg dibenarkan ialah f/2.8 manakala max aperture of f/5.6 untuk focus length paling maximum utk lens korg. Maknanya kalau korg zoom sampai abis camera korg tu max aperture bole f/5.6 je dan kalo korg tak zoom, max aperture cume f/2.8..tu je..Itu je utk pengetahuan basic pasal aperture..Info yg lebih advance akan dihuraikan lain kali.

Shutter Speed
Shutter speed bermaksud kelajuan shutter atau berapa laju masa yg diambil utk cahaya masuk ke dalam sensor camera..Dalam setiap camera ade la yg dipanggil shutter curtain atau senang kita igt mcm kelopak mata camera la..Kalau lama kita bukak, maka banyaklah cahaya masuk dan sebaliknya. Nilai atau angka utk shutter speed same mcm aperture tadi, yakni ia dalam bentuk fraction tapi nilainya adalah saat..Contahnya macam 1/2,1/100,1/1000…Perlu diingati yg shutter speed berkait rapat dengan aperture.

Secara analoginya kita ambil macam ni lah..Bayangkan 1 pili air yg ade kat sinki dapur tu dengan gelas dibawahnya yg perlu diisi dengan air. Anggap kadar aliran air adalah shutter speed manakala bukaan paip adalah aperture. Gelas yg penuh diisi dengan air plak adalah gambar.

Bukaan paip besar (aperture besar, f1.8,2.8,4,5.6)= kadar aliran laju (1/60, 1/125, 1/250….;shutter speed tinggi), akhirnya air didalam gelas akan penuh.

Bukaan paip kecil (apeture kecil, f8,f11,f16..)= kadar aliran perlahan (1″,3″,10″…bulb; shutter speed rendah), juga pada akhirnya air di dalam gelas akan penuh.

Jadi disini, aperture dan shutter speed saling memerlukan antara satu sama lain bagi mendapatkan gambar yang baik dan exposure yang agak betul.

Aku tuliskan secara mudah dan tak telalu teknikal sgt sebab aku tau korg bukan kisah sgt pun pasal mende2 teknikal nih..Aku macam tu gak.hehe..Untuk yg lebih teknikal aku tulis lain kali…