Rule of Thirds

Salah satu rules yg popular dalam fotografi mahupun art adalah Rule of Thirds. Rule ini mengatakan yg satu image bole dibahagikan kepada 9 kotak yg sama saiznya dengan membuat 2 garisan yg same jaraknya secara melintang dan 2 garisan yg sama jaraknya secara menegak.

Dengan 2 garisan menegak dan 2 garisan melintang ini, akan terhasillah 4 titik pertemuan antara garisan2 ini. Empat titik pertemuaan ini dikatakan sebagai titik focus utk sesuatu object/subject dlm sesuatu image diletakkan kerana di titik2 ini dapat memberikan ssesuatu image tu kekuatan, tenaga, kuasa dan mcm2 lagilah daripada kalau kita letak object/subject di tengah2.

Rule of Thirds

Untuk gambar2 landskap, adalah lebih menarik jika kita letakkan horizon di salah satu garisan yg melintang yg membentuk rule of thirds seperti yg kita dapat tgk di gambar diatas manakala pokok diletakkan di 2 titik pertembungan menambahkan lagi interest gambar itu.

Dengan rule of thirds kita dapat seimbangkan lagi sesuatu image dan sejuk mata kita memandang… Tapi ini hanyalah satu rule yang bukan wajib untuk kita ikuti.. Jadi korg semberono jelah ikut mane sedap mata memandang…
Dibawah ada beberapa images yg dihasilkan berdasarkan rule ini.

Burung camar
Wachaa!!

Tinggalkan jawapan